Ulasan Filem : PENSIL Arahan M.Subash
Melalui sebatang pensil seorang pengarah filem iaitu M.Subash telah berjaya mengangkat satu isu yang membelenggu golongan orang kurang upaya ( OKU ) di negara Malaysia. Tambahan juga filem Pensil ini telah berjaya mendapat tempat apabila dinobatkan sebagai anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) pada tahun 2009. Apa yang lebih mendramatik filem Pensil ini ialah apabila orang yang memegang watak utama sebagai Badrul adalah merupakan pengarah filem ini sendiri iaitu M.Subash.
Segala pemikiran tulus pengarang jelas kita lihat sepanjang perjalanan plot filem Pensil tersebut. Hal ini memudahkan kita sebagai penilai atau pun pemerhati kerana M.Subash sendiri yang turun padang bagi membawa watak mengikut apa yang dia sendiri mahukan. Watak Badrul digambarkan seorang yang cacat iaitu tidak fasih bercakap, tangan yang kurang sempurna, jalan yang terhencut-hencut, lidah yang sering keluar serta badan yang tergetar-getar. Perwatakan Badrul memang betul-betul mengambarkan dia seorang yang sangat cacat serta hodoh tambahan pula dengan warna kulit yang gelap.
Badrul kurang disukai oleh orang-orang kampung kerana keadaannya yang kurang sempurna. M.Subash ingin mengambarkan betapa masyarakat sangat memandang hina dan menyisihkan golongan OKU ini. Hanya segelintir sahaja yang dapat menerima mereka dalam kehidupan. Misalnya digambarkan dalam watak Sofia yang membuli Badrul dengan merampas wang hasil upah Badrul menjaga kedai. Hanya nenek Badrul yang tidak pernah menganggap Badrul seperti orang lain. Neneknya sangat mengasihi Badrul dengan menasihatinya dan mendorongnya untuk tabah menghadapi dugaan hidup.
M.Subash telah berusaha untuk menterjemahkan naluri pilu OKU. Beliau menyelami sedalam-dalamnya hati mereka. Misalnya biarpun OKU tidak senormal insan lain namun golongan ini tetap berjiwa murni. OKU mampu menyara emaknya yang normal, dia taat kepada ajaran agamanya, percaya dengan agamanya, sangat menyayangi emaknya walaupun emaknya kurang menyayanginya iaitu sering menderanya.
Disebabkan keadaan Badrul yang kurang sempurna itu, terdapat individu yang mengambil kesempatan. Misalnya emak saudaranya sendiri yang menyuruh anaknya Sofia membuli dan meminta duit Badrul kerana emak saudaranya yang lahir dalam keadaan normal tersebut adalah seorang yang malas bekerja. M.Subash sebenranya menyindir banyak golongan yang berhati busuk dalam filem Pensil ini. Emaknya sendiri tidak menghargai kewujudan Badrul. Misalnya dia mendera dan tidak mempercayai kata-kata anaknya sendiri kerana kecacatan Badrul. Terdapat juga manusia fizikalnya normal tetapi hatinya tidak normal. M.Surash mengambarkan watak pembuat rumah yang mengahadapi tekanan jiwa sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan meliwat kanak-kanak . Hal ini berpunca daripda kematian adik perempuannya yang diperkosa oleh ayah tirinya sehingga akhirnya menyebabkan kematian.
Walaupun cacat Badrul rajin mencari duit. Misalnya mengambil upah dengan menjual kerepak. Dia juga seorang yang pandai membalas jasa orang tua yang menjaga. Badrul tidak pernah terfikir untuk meninggalkan ibunya atau melawan cakap ibunya. Hal ini ketara M.Subash mah penonton berfikir OKU mampu melakukan tingkah laku kehidupan yanng terpuji misalnya rajin bersembahyang. Bagaimana pula golongan yang normal adalah mereka tetap menunaikan tanggungjawab kepada agama masing-masing.
Badrul tidak pernah menyesal dilahirkan sebagai insan yang cacat. Malah dia tetap bersyukur kerana apa yang berlaku bukan kehendak dia. Dia cacat disebabkan mengalami demam panas yang teruk samasa usianya masih bayi. M.Subash membawa kita berfikir dan merenung sedalamnya apa yang kita miliki dan jangan mudah merunggut. Jangan hidup asyik suka meminta-minta dan mengambil kesempatan. Bersyukur dengan apa yang ada. Hidup kena berjasa dan mesti melakukan perkara yang mampu kita lakukan. Saling memaafkan antara satu sama lain, jangan ada dendam dalam hati kerana Tuhan tidak pernah menyuruh kita melakukan perkara-perkara yang terlarang. Amalkanlah gaya hidup yang penuh dengan kebaikan dan kejujuran kerana pintu syurga sentiasa terbuka bagi golongan yang rela bertaubat dan sedia balik ke pangkal jalan.
Terlalu banyak nilai baik dan jahat yang terhimpun dalam filem Pensil arahan M.Subash ini. Misalnya OKU pandai juga mengahargai jasa emaknya dengan menghadiahkan emaknya baju. Bagaimana pula bagi kita yang normal, pernahkah kita memberi hadiah kepada emak kita? M.Subash begitu berfikiran serius dalam mengangkat filem yang bertemakan kekeluargaan ini. Walaupun cacat Badrul mempunyai bakat seni yang sangat menonjol. Misalnya dia sangat pandai melukis potret dengan hanya menggunakan sebatang pensil dan kertas lukisan. Setiap apa yang berlaku pada diri kita sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Tuhan maha adil dan mengasihi terutama kepada golongan yang susah dan miskin kerana golongan ini hubungan bersama dengan Tuhan adalah lebih dekat dan benar.
macam best jew..ada full movie dia x??
ReplyDelete