ULASAN CERPEN : JEJAK HARAPAN karya Nurfarhan Hamzah
Cerpen hasil mata pena Nurfarhan Hamzah yang bertajuk “Jejak Harapan” keluaran Daily Express 16 Mei 2010 membuatkan saya terpegun menghayatinya. Nurfarhan mempunyai bakat yang sungguh luar biasa dan sangat menarik minat saya untuk mengulasnya. Beliau sangat kraetif dan kritis dalam menghasilkan karya kreatif khususnya cerpen. Usia beliau kini ialah baru 17 tahun dan sudah semestinya sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan SPM iaitu hujung tahun ini.
Namun hal ini tidak menghalang minat beliau untuk menghasilkan karya untuk tatapan para pembaca khususnya yang berada di negeri Sabah. Dalam cerpen tersebut Nurfarhan mengetengahkan tema mengenai pendidikan. Konflik yang berlaku dalam cerpen tersebut yang cuba disampaikan oleh Nurfarhan ialah mengenai watak utamanya iaitu Melati yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Ibu bapa Melati mempunyai masalah kewangan sebagai wang pendahuluan untuk membayar yuran pendaftaran pertama Melati untuk mendaftar di Universiti. Melati sebenarnya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan hal ini disedari oleh bapa saudaranya iaitu Prof. Dr. Mohamad Ariff iaitu saudara kandung ibu Melati dan juga merupakan seoarang pensayarah fakulti undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam. Akhirnya dengan bantuan Prof Dr. Mohamad Ariff, Melati berjaya mencapai impian yang diimpikannya iaitu diterima belajar di UITM, Shah Alam dalam jurusan Pengurusan Hotel dan Perlancongan.
Pengarang juga berjaya mengajak pembaca menghayati cerpen yang dibuatnya dengan olahan bahasa dan gaya bahasa yang menarik dalam tulisannya. Beberapa gaya bahasa yang dikenal pasti telah digunakan oleh Nurfarhan dalam cerpen “Jejak Harapan” ini ialah “jendela kaca, benang harapan, dan istilah-istilah tempatan yang menarik untuk diselitkan dalam cerpen beliau. Hanya perkataan-perkataan yang dimasukan seperti “ongkos (merujuk kepada kos perbelanjaan), terkesima, sorry (perkataan minta maaf dalam bahasa Inggeris ), rileklah (bertenang) dan lain-lain lagi.
Kesinambungan plot cerita yang diolah oleh Nurfarhan menyebabkan pembaca tidak berasa bosan untuk mengikuti perkembangan cerita yang dia ceritakan sehingga sampai ke kemuncaknya. Dari segi pengolahan cerita yang bertemakan pendidikan tadi, pengarang tidak pernah lari daripada tema atau pun idea awal yang diberikanya. Bermula dari konfilk Melati, konfilik ibu bapa Melati dan juga konflik kawan baik Melati sendiri iaitu Safian juga berkisar mengenai pendidikan.
Bermula dengan pemilihan judul cerpen tersebut iaitu “Jejak Harapan” sendiri telah menyebabkan kita tertarik untuk mengetahui isi kandungan cerpen. Akan timbul perbagai persoalan dalam minda dan sanubari kita bila kita melihat tajuk cerpen ini. Kita ingin mengetahui apa yang meneyebabkan perkataan “jejak” itu wujud dalam cerpen ini dan juga mnegenai apa yang menjadi “harapan” watak dalam cerpen tersebut.
Daya pemikiran kreatif Nurfarhan terserlah ialah apabila beliau berjaya mengunakan satu latar tempat sahaja dalam menerangkan isi kandungan cerpennya. Cerpen Nurfarhan juga boleh digolongkan dalam jenis cerita berbingkai dimana di dalam cerita tersebut terkandungnya satu lagi cerita yang bersambung. Hal ini biasa dilakukan oleh pengarang-pengarang yang sudah lama menjadi penulis tetapi amat jarang dilakukan oleh penulis-penulis baru.
Bakat Nurfarhan terserlah sebenarnya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kedua ibu bapanya iaitu R.Hamzah dan Rubiah Dullah yang juga merupakan bekas penulis yang aktif di Sabah. Mungkin pengalaman dan pengetahuan yang terlalu banyak dicurahkan oleh kedua orang mahaguru dan juga ibu bapanya itu bakal membentuk Nurfarhan menjadi penulis yang baik menonjol suatu hari nanti. Bakat Nurfarhan juga harus dipertajamkan lagi terutamanya dari aspek tatabahasa kerana dalam cerpennya tersebut masih banyak yang perlu diperhalusi dan dimurnikan lagi bahasanya.
No comments:
Post a Comment