Terabai Kenyalang

Monday, July 19, 2010

Ulasan Filem : GADOH Arahan Brenda Danker dan Namron




Ideologi 1 Malaysia yang diura-urakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak , sejak beliau mengambil tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke -5 sangat releven dan diterima positif oleh segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini menunjukan keunggulan kita sebagai negara bangsa yang harus disegani dan digeruni pada zaman ini kerana kita boleh bersatu. Pepatah Melayu mengatakan “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”, peribahasa ini yang kita pegang dajn menyebabkan kita kuat, namun seandainya kita berpecah belah dan bergaduh dalam satu bumnbung rumah yang sama maka bercerai-berailah anak-anak serta masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Begitulah senario yang terjadi di Malaysia sebenarnya, sememangnya manis di muka tetapi di dalam hati sebenarnya semua orang seharunya tahu pahitnya hempedu itu. Segala persoalan ini sebenarnya sedikit sebanyak didedahkan di dalam filem Gadoh arahan Brenda Danker dan Namron. Kedua-dua orang pengiat seni nyang amat peka akan perlunya kesdaran antara dua kaum di Malaysia yang bagaikan anjing dengan kucing dari dahulu hingga sekarang iaitu bangsa Melayu dan bangsa Cina. Mengapa hal ini boleh berlaku, jawapnya adalah sikap kedua-dua bangsa yang sangat sombong dan dengki antara satu sama lain.

Dalam filem tersebut bangsa Melayu memburuk-buruk dan menghina orang Cina. Contohnya orang Melayu membenci orang Cina kerana orang Cina makan babi iaitu daging yang haram bagi orang Muslim. Malahan juga kerana kemewahan hidup orang cina. Apa yang orang Cina dapat sebenarnya kerana usaha dan titik darah dan kerja keras tulang 4 kerat mereka. Orang Cina pula hanya untuk mempertahan diri kerane mereka memang ditindas kerana benar mereka bukan masyarakat asal di tanah Melayu. Mereka sebenarnya tinggal di negara ini kerana sudah diberi status warga negara. Kedua-dua bangsa ini sebenarnya harus sedar akan hakikatnya sudah hidup sebumbung mengapa tidak mereka bersatu. Itulah yang teka-teka yang Encik Azman katakan tentang istilah tempat tinggal yang sering disalah tafsirkan dan mempunyai pelbagai makna oleh pelbagai pihak.

Sentiviti kaum yang masih menebal dalam minda masyarakat dirungkaikan dalam filem ini, malahan juga orang Melayu sendiri sebenarnya tidak mahu menolong bangsa sendiri. Contohnya generasi muda Melayu yang hilang akhlak semasa melihat bangsa sendiri yang buta mahu melintas jalan pun tidak mahu membantu. Tetapi orang yang membantu ialah orang Cina iaitu perempuan Cina yang mempunyai nilai kasihan terhadeap orang yang susah.

Filem ini sebenarnya telah berjaya mencari sesuatu kelaian dari filem yang biasa kita lihat. Apa yang terpendam di dalam jiwa orang Melayu dan orang Cina sedikit sebanyak dimuntahkan dalam filem Gadoh ini. Watak Heng menunjukan sikap anak-anak Cina yang sebenarnya baik, dia rajin membantu ibu bapanya berniaga lepas habis waktu persekolahan. Hal ini yang tidak ada pada anak-anak Melayu. Sebaliknya anak-anak Melayu balik ke rumah selepas sekolah mendengar ibu bapa bergaduh dan mengumpat bangsa bangsa Cina dan berfikir untuk mengekalkan kekuasaan mereka daripada dirampas orang Cina. Anak-anak Melayu juga diajar supaya membenci orang Cina.

Dalam filem ini juga kita dapat ,melihat bahawa dari warga pendidik sendiri kurangnya kesedaran, merendah-rendah dan tidak pernah menghargai bidang seni khususnya teater. Contohnya semasa cikgu Ann mencadangkan supaya mewujudkan kelab teater di sekolah supaya dapat mengubah pemikiran dan membentuk kerjasama para pelajar yang bermasalah di sekolah. Cadangan cikgu Ann tersebut telah dibantah oleh guru-guru lain. Malahan juga semasa Encik Azman datang ke sekolah dengan pakaian yang tidak formal, guru-guru memandang rendah akan kebolehnya dalam mengendalikan pelajar yang bermasalah. Cikgu di sekolah tersebut menganggap kewujudan kelab teater bukannya membentuk akhlak tetapi mengalakkan maksiat disekolah tersebut. Persolanannya, pengarah filem ini mengetengahkan bagaimana orang yang berpelajaran sebenarnya sangat sombong bila mengeluarkan kata-kata dan sering menganggap seni persembahan tiada nilai yang baik.

Ketamakan orang Cina juga diketengahkan oleh pengarah filem Gadoh. Misalnya watak kumpulan Cina yang sanggup meragut demi mendapatkan wang. Mulut orang Melayu juga sebenaranya sangat kotor , bercakap sesuatu yang orang Cina tidak suka. Usaha orang Melayu tidak pernah melebihi orang Cina dan mereka asyik mengharap kesenangan datang dengan cara yang mudah. Sikap kedua-dua bangsa ini menyebakan bangsa lain menjadi mangsa. Contohnya watak Raj Kumar yang mewakili orang India yang sering menjadi mangsa permusuhan orang Cina dan orang Melayu.

Kesimpulannya melalui filem tersebut, kita sedar dendam lama akibat peristiwa 13 Mei 1969 tidak pernah hancur dalam minda orang Cina dan orang Melayu. Walaupun sudah mempunyai agama tetapi masih saling membenci dan mengapi-apikan bangsa lain supaya membenci sesutau kaum yang dianggap bersalah. Sikap yang tidak betul dan kurangnya keikhlasan begini harus hilang dan dikikis di negara yang berdaulat seperti Malaysia. Filem yang bersifat realistik begini juga harus dipertontonkan kepada masyarakat khususnya meraka yang mengaku diri sebagai orang Malaysia.

No comments:

Post a Comment