Harian Ekspress : Ahad, 30 Mei 2010
Mengapa Perlu Menjadi Lalang Semasa Hidup?
Cerpen Seperti Rumput di Dataran ( SRDD ) karya Lina James Kunjak memang menarik kerana merungkaikan persoalan mengenai kasih sayang dalam sebuah keluarga. Pengarang cerpen SRDD ini mempunyai pemikiran yang kristis dalam menghasilkan karya aslinya. Dalam cerpen SRDD ini, dilihat pengarang seorang yang sangat menyanyangi dan mengasihi kedua-dua orang tuanya terutamanya ibu dan bapanya.
Pengarang merungkaikan persoalan bagaimana dilema yang terpaksa dialami oleh seorang anak setelah pemergian ibunya. Walaupun masih mempunyai bapa, pengarang merasakan kasih sayang tersebut kurang sempurna dan lengkap. Hal ini digambarkan pengarang melalui watak Liayana dalam cerpen SRDD yang kehausan kasih sayang seorang permpuan yang bergelar ibu. Pengarang juga seorang yang sangat menghargai kewujudan dua insan yang bergelar ibu dan bapa. Hal ini dibuktikan dengan lukisan yang dibuat oleh watak Liayana dalam cerpen SRDD tersebut yang dihadiahkannya kepada bapanya.
Pengarang juga dilihat seorang yang meghargai ibunya dengan menggunakan watak Liayana menggambarkan beliau telah menyimpan wasiat atau pun nasihat yang telah diberikan oleh ibunya dalam bentuk sajak. Sajak tersebut telah diperdengarkan dan dipuisikan kepada ayahnya yang sedang murung meratapi pemergian ibunya yang tersayang. Pemikiran pengarang juga memperlihatkan dirinya seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Misalnya digambarkan melalui watak Liayana yang terpaksa berhadapan dengan kerenah bapanya yang tidak pandai lagi tersebut akibat terlalu tertekan dengan kematian isterinya mendiang Maria Magdelina.
Dalam cerpen SRDD juga, pengarang merakamkan bahawa beliau seorang yang berfikiran seperti rumput. Hal ini dibuktikan dengan kata-kata beliau dalam watak Liayana yang digunakan dalam cerpen SRDD iaitu rumput boleh memberikan kita satu pedoman hidup yang baik, penuh ketenteraman dan penuh kesabaran. Pengarang sangat menghargai alam semuljadi ciptaan Tuhan. Nilai-nilai murni yang ada dalam pemikiran pengarang sangat menonjol dan tertonjol dalam cerpen tersebut. Rumput tersebut sangat besar dan ternilai hiperbonya dalam jiwa pengarang muda ini.
Cerpen SRDD karya Lina James Kunyak mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai nilai dalaman yang kuat. Hal ini kerana pengarang banyak menggunakan kata nama “Aku” dalam menceritakan liku-liku hidup yang terpaksa dilalui oleh watak utama dalam cerpen SRDD iaitu gadis berusia 21 tahun yang bernama Liayana. Kemiskinan kasih sayang yang dihadapi oleh Liayana sangat ketara dan begitu ditangis serta ditagih oleh pengarang dalam cerpen SRDD ini. Segala hutang kemiskinan kasih sayang tersebut hanya mampu dilangsaikan oleh seorang ayah yang bergelar “Papa” dalam cerpen SRDD. Liayana begitu memerlukan kasih sayang daripada Papanya setelah ibu kesayangannya pergi dalam usia yang begitu muda. Tambahan juga dengan kehilangan seri diwajah Papanya telah memudaratkan kedukaan dalam suasana rumah Liayana.
Kasih sayang merupakan harta yang tiada ternilai dan umpama emas yang sukar digali. Malahan juga seperti sumber yang tidak boleh diperbaharui setelah perak yang paling berguna lebur dan hancur dan hilang ditelan waktu. Pengarang yang tulus akan menghasilkan sesuatu karya yang berkisar kepada hati dan perasaan. Apa yang terpendam di dalam hati umpama nafsu yang perlu diluahkan. Hati yang baik akan bercakap benda yang baik. Hati yang kotor akan meluahkan buah fikiran yang kotor. Hati yang geli akan menghasilkan lawak yang jenaka. Begitu juga hati yang sedih akan mengambarkan ketandusan kasih sayang yang abadi.
ulasan yang baik.. tQ coz sudi memberi ulasan dan publish disini.. saya lebih banyak belajar apabila ada yang sudi memberi buah fikiran, kritikan yang membina.
ReplyDeletelina kunjak
Iya saudari Lina, saya amat tergoda dengan karya saudari yang bertajuk 'SEPERTI RUMPUT DI DATARAN'. Teruska berkarya supaya mata penamu makin mahir menari-nari menghiburkan pembaca. Selamat berkarya.
ReplyDelete