Ulasan Cerpen : ADAM Karya Amir Hamzah
News Sabah Times : Ahad, 6 Jun 2010
News Sabah Times : Ahad, 6 Jun 2010
Tidak siapa ada siapa yang mampu melawan suratan takdir iaitu kematian. Itulah persoalan utama yang ingin diketengahkan oleh pengarang cerpen pilihan pada 6 Jun 2010 dalam News Sabah Times yang bertajuk Adam karya Amir Hamzah. Orang sering berkata “malang tidak berbau” itulah ungkapan biasa yang sering kita dengar dari mulut ke mulut. Benar bahawa malang memang tidak pernah berbau, dan inilah saat yang mengecewakan watak “Aku” dalam cerpen Adam ini yang telah meninggal dunia pada saat watak “Aku” balik bercuti ke kampung halamanya.
Adam sebenarnya adalah sahabat baik “Aku” dalam cerpen tersebut. Pengarang menunjukan beliau seorang yang sangat menghargai nilai persahabatan. Dimana beliau sangat kesal kerana tidak mampu memberikan sesuatu yang terbaik untuk Adam semasa Adam masih hidup. Seribu kekesalan terkandung di dalam jiwa pengarang kerana baginya sahabat yang sebaik Adam adalah sukar untuk dicari ganti.
Pengarang digambarkan seorang yang berjiwa lembut kerana beliau dengan rasa sebak dan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir melihat sekujur tubuh mayat rakannya itu terbaring untuk diratapi oleh para sahabat dan juga ahli keluarganya.Pengarang akhirnya sedar di kemuncak cerita bahawa kematian adalah lumrah hidup. Beliau juga akur bahawa suatu hari nanti pengarang juga akan tersungkur dan menjadi sekujur tubuh yang bakal diratapi oleh golongan orang-orang yang tersayang yang masih bernyawa.
Dari sudut kekreatifan pengarang menghasilkan konflik dalam plot cerita adalah sangat tidak menarik. Penyampaian secara terus dan gaya bahasa yang kurang gramatis sebenarnya menampakan kelemahan pengarang. Permasalahan yang ditimbulkan oleh pengarang juga banyak yang tidak sampai dengan jelas. Misalnya “pemergian Adam telah mengubah diri Aku”. Apa yang berubah? Sebenarnya tidak diberitahu kepada pembaca.
Pengarang juga memberitahu Adam pernah ada impian. Tetapi impian tersebut tidak juga dinyatakan oleh pengarang dalam cerpen tersebut. Hal ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya. Apa kejadahnya dan madahnya yang ingin pengarang sampaikan. Pengarang juga memberitahu Adam seorang yang tabah dan kuat. Contoh yang menunjukkan Adam seoarang yang tabah dan kuat juga kosong dalam cerpen tersebut. Satu persatu penulis telitikan dalam cerpen tersebut mencari dimana ketabahn dan kekuatan Adam. Namun tidak terjumpa dari pangkal cerita hingga ke suku kata terakhirnya.
Walau bagaimanapun tahniah kepada pengarang, kerana sudi mengisi ruangan sastera hujung minggu untuk dijadikan santapan masa rehat masyarakat kita. Tidak banyak persoalan yang mengambarkan pemikiran pengarang yang sebenar-benarnya dalam cerpen tersebut. Apa yang jelas melalui idea pengarang adalah dia seperti terkejar-kejar mahu menamatkan jalan cerita Adam tersebut.
Mesej-mesej yang nak disampaikan tidak kesampaian. Gaya bujukan untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca karya juga sebenarnya kurang berkesan. Pemilihan tajuk sahaja seperti cerpen mengenai keagamaan kerana menggunakan nama Adam. Namun sebaliknya adalah cerpen biasa yang boleh menjadi hiburan kepada golongan kanak-kanak. Bahasa yang mudah digunakan pengarang memang bagus supaya pembaca khususnya golongan pelajar sekolah rendah dapat memahami dengan jelas apa yang nak disampaikan oleh pengarang. Secara keseluruhannya cerpen Adam sesuai untuk tatapan untuk semua lapisan masyarakat kerana semua kita akan sampai juga di destinasi yang sama seperti Adam suatu hari nanti iaitu di alam maut.
No comments:
Post a Comment