Ulasan Cerpen : KARTINA karya Nur Syahida Amran
Utusan Borneo : 13 Jun 2010 ( Ahad )
Utusan Borneo : 13 Jun 2010 ( Ahad )
Isu pelacuran bukanlah suatu isu baru di negara kita dan juga di negara-negara di rantau Asia yang lain. Watak Kartina dalam cerpen Kartina karya Nur Syahida Amran telah ditipu oleh seorang wanita yang bernama Sherry dan akhirnya menyebabkan Kartina tergadai segalanya demi untuk mendapatkan wang. Cerpen yang dihasilkan oleh Nur Syahida agal klise kerana pembaca tidak ada menemukan kelainan dan juga persoalan –persoalan yang baru selain nama watak dalam cerpen tersebut.
Apa yang mahu ditengahkan oleh pengarang hanyalah mesej atau pun pengajaran semata-mata supaya golongan gadis amnya akan lebih berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan kebaikan, kata-kata manis serta perbuatan baik orang yang baru dikenali dewasa ini. Contohnya watak Sherry yang sangat baik dengan Kartina dengan membantu apa sahaja kesulitan yang Kartina alami sebenarnya ada udang disebalik mee. Segala kebaikan yang Sherry buat pada mulanya adalah untuk mengaburi mata Kartina tentang matlamat masa depannya.
Kita sedia maklum dewasa ini, bahawa isu yang dikemukan oleh pengarang telah berlaku banyak tempat. Hal ini disebabkan terdapat pihak yang busuk dan jahat hatinya. Mereka akan mempergunakan golongan yang lemah dan mengambil kesempatan pada gadis-gadis yang masih berfikiran dunggu. Demi mendapatkan wang, mereka sanggup melakukan apa sahaja misalnya dengan memaksa gadis seperti Kartina untuk dijadikan mangsa memuaskan nafsu-nafsu lelaki yang tergila-gila lurah wanita muda.
Kartina seharusnya tidak mudah mengikuti telunjuk Sherry kerana Kartina belum mengetahui pekerjaan sebenar yang telah ditawarkan kepadanya. Hal ini mengambarkan kesempitan pemikiran wanita yang baru datang ke bandar besar apabila dijanjikan dengan gaji yang lumayan. Perempuan amat mudah buta matanya apabila dijanjikan dengan wang yang berlipat ganda dan berjuta-juta. Mencari wang memang hal yang patut tetapi biarlah dengan cara yang diredhai dan bukan dengan hasil melacurkan orang.
Pengarang juga mempersoalkan sikap kaum Hawa itu sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Misalnya Sherry yang menyedari kemiskinan latar belakang keluarga Kartina telah mengambil ruang dan peluang dan memanfaatkan masalah tersebut untuk menjayakan misi pelacuran yang dipegangnya. Latar tempat yang digunakan oleh pengarang iaitu Kota Kinabalu iaitu merupakan bandar utama yang terdapat di Sabah. Hal ini mengambarkan bahawa terdapatnya kes-kes penipuan yang melibatkan gadis kampung sehingga mereka terjerumus ke perangkap rumah pelacuran ini terjadi di Kota Kinabalu, Sabah.
Secara keseluruhannya, cerpen Kartina karya Nur Syahida terlalu biasa dan tiada yang luar biasa untuk tatapan pembaca. Walau bagaimanapun dari segi bahasa yang digunakan agak mudah difahami. Pengolahan jalan cerita juga agak lurus dan terus. Pengarang tidak mengajak pembaca untuk berfikir untuk mencari maksud isi tersirat disebabkan segala jawapan dan persoalan telah tersedia di mata pena pengarang.
No comments:
Post a Comment