Terabai Kenyalang

Monday, July 19, 2010

Ulasan Cerpen : SEGALANYA BERUBAH

Ulasan Cerpen : SEGALANYA BERUBAH karya Zairul Azurin Mohd. Zain
Utusan Borneo : 23 Mei 2010

Cerpen hasil nukilan Zairul Azurin Mohd. Zain yang bertajuk “Segalanya Berubah “ sememangnya boleh dikatakan menarik. Cara beliau menarik perhatian pembaca adalah dengan memulakan cerita denga ketegangan. Hal ini akan menyebabkan pembaca tertarik untuk mengikuti perkembangan jalan cerita cerpen tersebut. Sebagai contoh petikan cerpen beliau “ Tokku, mama, Che Nah, Che Yah, Che La, Che Zah, Kak Long, Kak Nunis, Kak Jue, dan Che Tik bagaikan nak berperang dengan periuk belanga di dapur itu.” Ironinya daripada perbuatan tersebut sebenarnya ialah Pengarang mahu menunjukkan kerjasama yang erat dalam kalangan ahli keluarga Zairul untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dari segi pemilihann tajuk cerpen sebenarnya Pengarang belum mampu mencari tajuk yang betul-betul menarik. Tajuk yang diberikan oleh Pengarang nampak biasa sahaja dan kurang menyerlah untuk para pemca surat khabar melekat mata mereka untuk menghayati karya beliau. Dari segi pengisian cerpen pula menunjukan pengarang masih berjiwa budak-budak kerana dia masih berminat untuk mengaitkan permainan mercun yang biasa dimainkan oleh anak-anak orang muslim semasa menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Apa yang menarik perhatian saya untuk mengikuti perkembangan jalan cerita cerpen ini ialah apabila pengarang menyelitkan elemen bibit percintaan. Dimana waktu Zairul yang meminati Alya dan juga dialog-dialog yang mereka berdua katakan. Walaupun sedikit sebenarnya ini boleh menyebabkan pembaca tidak berasa bosan. Pemikiran pengarang juga sebenarnya masih lagi kelihatan sempit kerana dalam menghasilkan cerpen yang berkaitan dengan hari raya masalah yang biasa kita dengar ialah seperti mereka cedera akibat bermain mercun, anak-anak muda yang lumba haram, pembuangan bayi dan banyak lagi. Hal-hal seperti ini harus dimasukan dalam cerpen seperti ini supaya mempunyai mesej dan pengajaran yang berguna kepada pembaca. Hal-hal yang tidak baik seperti ini, tidak harus dilakukan untuk perayaan yang sangat bermakna untuk golongan muslim dan muslimat.

Pengarang sebenarnya ingin menceritakan tentang watak Tokku iaitu nenek kepada Zairul dalam cerpen tersebut. Namun watak Tokku tidak begitu menonjol dalam perkembangan cerpen. Watak Tokku hanya muncul kembali di akhir cerita untuk menunjukan judul cerita Segalanya Berubah tidak lari daripada jalan cerita yang sebenar. Walau bagaimanapun, pengarang mempunyai idea yang bagus kerana menunjukkan beliau sangat mengasihi orang tua. Hal ini dibuktikan apabila beliau nampaknya sedih melalui hasil tulisannya di akhir cerpen tersebut semasa mengenangkan watak orang tua iaitu Tokku yang telah meninggal dan tidak lagi berpeluang merayakan Hari Raya Aidilfitri yang penuh gurau senda dan tawa .

Melalui pengamatan yang mendalam isi kandungan cerpen, ternyata Pengarang mempunyai bakat yang baik dalam menghasilkan karya kretif seperti cerpen. Beliau mempunyai sedikit idea tetapi mampu untuk dikembangkan supaya cerpen kelihatan lebih menarik dan kreatif. Penagarang dilihat seorang yang menyintai agama dan juga menyukai perayaan. Hal ini kita lihat beliau sangat sedih apabila Hari Raya Aidilfitri yang biasanya meriah semasa hayat Tokku masih belum meninggal. Namun pada peleraian cerpen, Pengarang dilihat sedih sebab saudara-maranya tidak lagi kunjung- mengunjungi antara satu sama lain semasa kemunculan Hari Raya Aldilfitri.

Secara kesimpulannya, cerpen hasil karya Zairul Azurin agak mengairahkan pemabaca namun masih kekurangan nilai-nilai sastera yang puitis dan dinamis untuk disajikan kepada pembaca hujung minggu yang tengah mencari ketenangan jiwa. Zairul Azurin dilihat seorang yang tidak sabar untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri .

No comments:

Post a Comment